Berita

Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 April

PDRM's logo (photo for archive ) AZHAR MAHFOF/The Star
- Diterbit 7 April 2025 5:43 PM MYT

POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya pada Sabtu lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Solehuddin Zolkifly, lelaki tersebut dilihat kali terakhir berada di Transit  Aliran Massa (MRT) Damai, Petaling Jaya pukul 5.15 petang pada hari kejadian.

“Lelaki itu berkulit putih, mempunyai ketinggian 173 sentimeter dengan berat lebih kurang 77 kilogram, berambut lebat pendek, hidung mancung dan mempunyai bibir mulut nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-7966 2222 jika mempunyai maklumat berkaitan lelaki berkenaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas