Berita

Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Ara Damansara

- Diterbit 9 Januari 2025 8:00 AM MYT

PIHAK polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan, Puteri Rania Qalesya Ibrahim yang dilaporkan hilang di Ara Damansara, Petaling Jaya sejak petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Shahrulnizam Ja’afar, remaja berusia 14 tahun itu kali terakhir berada di Projek Perumahan Rakyat Taman Putra Damai 1 Ara Damansara pada pukul 1.11 tengah hari.

“Remaja itu berkulit hitam manis, berbadan kurus dan mempunyai ketinggian 150 sentimeter.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Puteri Rania Qalesya diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi talian 03-7966 2222 atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Maliki Ariffin 013-830 8485. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas