HUJAN lebat dan angin kuat sejak pukul 3 petang tadi menyebabkan insiden pokok tumbang menghempap kenderaan berlaku lagi hari ini.
Menerusi rakaman video dan gambar yang tular, kejadian yang berlaku berhampiran Menara Prestige di Jalan Pinang telah menyebab beberapa buah kenderaan rosak .
Setakat waktu ini, pihak berkuasa khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang dikerahkan bagi kerja-kerja pembersihan. – WILAYAHKU