PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kemudahan tol percuma bermula 18 dan 19 November ini bagi meringankan beban rakyat untuk pulang mengundi.
Jelasnya, kemudahan itu akan bermula pada pukul 12.01 minit pagi 18 November dan berakhir pada pukul 11.59 malam 19 November
“Kerajaan berikan tol percuma yang melibatkan 30 konsesi yang diberikan kepada kenderaan persendirian jenis kelas 1 dan 90 peratus dari keseluruhan kenderaan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Wisma Cuepacs, Putrajaya hari ini.
Katanya, syarikat konsesi tol tersebut bersetuju untuk menyerap kos yang dianggarkan sebanyak RM34.5 juta sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR). – WILAYAHKU