Berita

PM ucap tahniah kepada skuad FAM eRIMAU, Ahmad Muhaimin

- Diterbit 14 Disember 2024 1:40 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad FAM eRimau dan pemain negara, Ahmad Muhaimin yang menjuarai saingan FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile.

“Terus cemerlang dan harumkan nama negara di pentas dunia,” katanya menerusi satu hantaran di X hari ini.

Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.

Malaysia yang diwakili Ahmad Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 untuk bergelar juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000.

Malaysia merupakan negara ASEAN pertama memenangi kejohanan itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas