Berita

PM ucap Selamat Hari Wilayah Ke-50

- Diterbit 1 Februari 2024 1:00 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Ke-50 buat seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dalam masa sama, beliau mahu semua rakyat menyemai benih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian, digantikan dengan sikap berkasih sayang dan rahmah antara satu sama lain.

“Ini juga selaras dengan konsep MADANI yang menuntut kita harus santuni semua dan bermuafakat dalam menjayakan agenda pembangunan di negara ini.

“Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, mampan dan sejahtera!,” katanya dalam catatan di media sosialnya hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974 manakala Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas