PERDANA Menteri Slovakia, Robert Fico kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan, lapor Xinhua.
Menteri Alam Sekitar Slovakia Tomas Taraba berkata nyawa perdana menteri tidak dalam bahaya, menurut laporan media tempatan, TA3 yang disiarkan oleh BBC pada Rabu malam.
“Saya sangat terkejut… mujurlah setakat yang saya tahu pembedahan berjalan lancar — dan saya percaya pada akhirnya beliau akan bertahan… beliau tidak berada dalam situasi yang mengancam nyawa buat masa ini,” kata Taraba.
Dalam sidang media pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri Slovakia merangkap Menteri Pertahanan, Robert Kalinak berkata Fico berada dalam keadaan kritikal ketika menjalani pembedahan.
Menurut Menteri Dalam Negeri Slovakia, Matus Sutaj Estok serangan tersebut telah diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh yang bermotifkan politik
Suspek yang ditahan di tempat kejadian, dilaporkan sebagai seorang lelaki berusia 71 tahun. – BERNAMA-XINHUA