Berita

PM lawat projek pembinaan jalan dusun

- Diterbit 28 Oktober 2024 12:51 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Pendusunan Ulu Kongsor di Padang Rengas, Perak bagi meninjau sendiri projek pembinaan jalan dusun.

Beliau berkata Ulu Kongsor adalah kawasan agropelancongan seluas 800 ekar meliputi 13 kawasan tapak perkhemahan, kawasan rekreasi dan dusun-dusun durian, getah serta kelapa sawit yang diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.

“Saya terpesona melihat keindahan kawasan Pendusunan Ulu Kongsor yang cukup indah dan nyaman dengan kawasan ladang dan dusun yang menghijau serta air sungai yang jernih,” katanya di Facebook.

Menurut Anwar pembinaan jalan dusun baharu sepanjang tiga kilometer bernilai RM1.3 juta ini mungkin dilihat kecil sesetengah pihak yang mengukur kemajuan dengan projek raksasa.

Beliau berkata namun hakikatnya ia cukup penting untuk penduduk kampung, terutama pemilik dusun di sini.

“Projek ini akan meningkatkan akses pelancong ke kawasan dusun apa ia siap pada hujung tahun ini, sekali gus melonjak pembangunan ekonomi tempatan dan meningkatkan pendapatan penduduk kampung,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas