Berita

PM, Kishida umum kerjasama strategik komprehensif Malaysia-Jepun

- Diterbit 16 Disember 2023 1:10 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Fumio Kishida pada Sabtu mengeluarkan kenyataan bersama mengenai peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada kerjasama komprehensif strategik.

Kenyataan itu diberikan sebelum kedua pemimpin itu menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran nota Bantuan Geran Keselamatan rasmi oleh Jepun, yang akan menyediakan peralatan pemantauan dan pengawasan untuk Malaysia.

Kedua pemimpin juga menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama mengenai Pembangunan dan Aplikasi Angkasa Lepas antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Terdahulu, Anwar dan Kishida mengadakan pertemuan dua hala ringkas dan mesyuarat.

Anwar berkata, Malaysia amat menghargai komitmen Jepun kepada rantau ini termasuk Malaysia sejak 1980-an, yang telah menyumbang kepada pertumbuhan rantau ini dan negara. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas