Berita

PM ketuai delegasi Malaysia berangkat ke UAE, UK dan Belgium

89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 226 128 153 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 116 105 98 97 32 100 105 32 65 98 117 32 68 104 97 98 105 32 115 101 109 112 101 110 97 32 108 97 119 97 116 97 110 32 107 101 114 106 97 32 115 101 108 97 109 97 32 50 32 104 97 114 105 32 100 105 32 76 97 112 97 110 103 97 110 32 84 101 114 98 97 110 103 32 65 110 116 97 114 97 98 97 110 103 115 97 32 65 98 117 32 68 104 97 98 105 44 32 85
- Diterbit 12 Januari 2025 9:35 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Malaysia berangkay ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW).

Dalam hantaran di laman Facebook, Anwar berkata lawatan ke negara berkenaan di buat atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

“Semasa lawatan ini juga, saya akan mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dan rakan sejawat, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, usai lawatan kerja di UAE, beliau dan delegasi akan berlepas ke London, United Kingdom sebagai usaha untuk memperkukuhkan hubungan strategik kedua-dua negara termasuk pertemuan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.

“Saya kemudiannya akan ke Brussels, Belgium untuk menghadiri beberapa agenda penting termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo selain sesi bersama Presiden Majlis Eropah Antonio Costa.

“Usai rencana di Brussels, saya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland dan pastinya ini platform penting dalam membahaskan pelbagai isu dunia antaranya ketidaktentuan perubahan iklim, kepesatan inovasi dalam kecerdasan pembuatan dan kepantasan teknologi,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, beliau turut mohon rakyat Malaysia untuk mendoakan agar perjalanannya dan delegasi Malaysia dipermudah.

“Selain itu kesemua perancangan yang diatur mendapat keberkahan lantas membawa hasil yang besar kepada rakyat dan negara, Insya-Allah,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas