Berita

PM gulung perbahasan KSP RMK12 petang ini

ANWAR akan menjawab persoalan berkaitan RMK-12 yang dibangkitkan petang ini.
- Diterbit 19 September 2023 4:07 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini.

Menerusi satu kenyataan di Facebook beliau, Perdana Menteri dijangka berbuat demikian di Dewan Rakyat, sekitar pukul 4.30 petang nanti.

“Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu.

Insya-Allah saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini,” katanya di sini hari ini.

Penggulungan KSP RMK12 dibuat selepas laporan itu dibahaskan selama tiga hari selesai sejurus dibentangkan, pada 11 September lalu.

Laporan berkenaan dibahaskan oleh 115 Ahli Parlimen bermula sehari selepas ia dibentangkan di Dewan Rakyat. – WILAYAHKU – SYED HAZIQUE

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas