Berita

PM arah tanam 100 pokok baharu untuk setiap pokok yang dipotong

- Diterbit 15 Mei 2024 1:12 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrauim telah memberi arahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Sr Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam 100 pokok baharu bagi pokok yang terpaksa dipotong.

“Saya telah memberi arahan kepada Dato Bandar iaitu bagi setiap pohon yang terpaksa dipotong, 100 pokok baharu wajib ditanam semula,” ciapnya di laman X hari ini.

Arahan itu diberikan berikutan dua kejadian pokok tumbang disebabkan hujan lebat dan ribut di ibu negara dalam tempoh selang seminggu.

Dalam kejadian pada 7 Mei lepas, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail telah meragut nyawa seorang lelaki dan mencederakan dua yang lain selain 17 buah kenderaan rosak.

Insiden sama turut berlaku pada Isnin (13 Mei) lalu di Jalan Pinang berhadapan Bangunan Kuawait Financial House dan turut merosakkan sebuah kenderaan PDRM yang mengiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas