Berita

PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Sri Lanka baharu

- Diterbit 23 September 2024 3:52 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.

“Tahniah kepada Presiden Anura Kumara Dissanayake dan Sri Lanka atas kejayaan pilihan raya mereka. Berharap untuk memperbaharui ikatan persahabatan dengan Sri Lanka dan bekerjasama demi kepentingan rakyat,” kata Anwar dalam catatan Facebook.

Dissanayake pemimpin People’s Liberation Front (JVP) dan perikatan National People’s Power (NPP), mengangkat sumpah jawatan di Sekretariat Presiden di Colombo pagi ini, selepas memperoleh 42.31 peratus undi dalam pilihan raya pada Sabtu.

Kemenangan ahli politik berusia 55 tahun itu, mencerminkan perubahan besar dalam politik Sri Lanka, dengan fokus kepada keadilan sosial dan reformasi ekonomi. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas