Berita

PL, MAIWP perkukuh kerjasama, perkasa ekonomi asnaf di Labuan

- Diterbit 15 Januari 2025 5:48 PM MYT

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan dan Perbadanan Labuan (PL) terus memperkukuh kerjasama diantara dua pihak bagi memperkasakan ekonomi golongsn asnaf di pulau itu.

Hasrat tersebut dizahirkan menerusi sesi kunjungan hormat delegasu MAIWP Labuan yang diketuai Pengurusnya Md Fadzli Md Saad kepada Ketua Pegawai Eksekutif PL, Mohd Sukuran Taib di Wisma Perbadanan Labuan pada Selasa.

Pada sesi kunjungan selama satu jam itu, Sukuran turut berpeluang mendengar penerangan mengenai misi, visi dan peranan MAIWP dalam membantu golongan asnaf di Labuan.

Sukuran memaklumkan pihaknya sentiasa memberikan kerjasama dengan semua pihak khususnya pihak MAIWP dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Kita juga perlu menetapkan sasaran agar golongan asnaf ini turut dibantu dari sudut kemajuan kendiri dalam memperkukuh ekonomi agar mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan,”katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Pengurusan MAIWP Labuan Mohamad Ruzaimi Ibrahim dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat PL, Dayang Salmah Abbas. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas