PRK Mahkota sah akan menjadi gelanggang persaingan sengit satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN).
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala PN mencalonkan Mohamad Haizan Jaafar, Ahli Jawatankuasa Bersatu, Kluang
Calon-calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid sekitar 11 pagi tadi.
Calon BN, Syed Hussien, 40, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9 pagi manakala Mohamad Haizan, 61, menyerahkan borang pada 9.05 pagi.
PRK DUN Mahkota diadakan selepas penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian awal PRK DUN Mahkota pada 24 September manakala hari pengundian pada 28 September. – WILAYAHKU