PENYANYI lagu Hey Kau yang juga perserta Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.
Sandra, 26, yang mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.
Berita duka itu dikongsi teman baikknya yang jugak perserta Big Stage musim inj, Farisha Iris.
“She is the one, yang selalu practice bila ada free time. Did’nt expect, this would be your last singing yang aku dengar.
“Terima kasih jadi kawan yang baik untuk kami. Semoga kau tenang. Rehat ya sayang,” tulis Farisha di instagram miliknya.
Instagram will load in the frontend.
Terdahulu, Sandra terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Semoga Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan dalam golongan orang beriman. – WILAYAHKU