Berita

Perpaduan bukan sekadar slogan

- Diterbit 17 Februari 2025 2:57 PM MYT

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perpaduan bukan sekadar slogan.

Beliau berkata sebaliknya perlu diamalkan setiap hari dalam kehidupan seharian.

“Semangat Harmoni MADANI dalam Kerajaan Madani menegaskan bahawa perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi realiti yang kita amalkan setiap hari. Perpaduan inilah kekuatan kita,” katanya d Facebook.

Saifuddin berkata demikian selepas bersama rakan-rakan Parlimen Padang Serai meraikan Tahun Baru Cina dengan penuh kemeriahan.

Beliau berkata ketibaannya semalam disambut oleh tarian singa yang meriah dan lebih mengujakan lagi adalah majlis itu.

“Kehadiran juga dipenuhi rakan-rakan India dan Melayu yang turut meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini bersama masyarakat Tiong Hua.

“Dalam negara ini, setiap perayaan adalah milik kita bersama. Deepavali, kita nikmati muruku. Hari Raya, kita jamah ketupat dan Tahun Baru Cina, kita bersama angkat yee sang.

“Inilah keindahan Malaysia, berbeza budaya, tetapi tetap menghormati dan menyambut kegembiraan bersama,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas