Berita

Permohonan mengikuti Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka bermula 1 Disember

GAMBAR hiasan.
- Diterbit 28 November 2024 5:00 PM MYT

PERMOHONAN fasa satu pengajian Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dibuka bermula 1 Disember
2024 hingga 28 Februari 2025.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan Permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan.

“Permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.

“Keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM melalui laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas Keputusan SPM tahun 2024 diumumkan,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas