Berita

Perlu sentiasa peka – Hanez Suraya

- Diterbit 14 Jun 2024 5:10 PM MYT

PELAKON Hanez Suraya mula memperlahankan kerjaya seninya sejak berkahwin dengan Romie pada Mac 2015 untuk memberi fokus kepada anak-anak.

Bagi Hanez, kes jenayah kanak-kanak ini sepatutnya menjadi ‘loceng amaran’ kepada semua ibu bapa supaya lebih prihatin dan peka terhadap anak kecil.

“Sebagai orang dewasa, ibu bapa tidak boleh lalai daripada tanggungjawab untuk memastikan anak-anak sentiasa dilindungi serta terhindar daripada bahaya.

“Bukan sahaja anak kecil tetapi anak yang sudah besar pun kita tetap kena peka. Jangan ambil mudah atau pandang remeh hal sebegini.

“Inilah antara sebab saya mula memperlahankan aktiviti seni. Iya, kalau teruskan berlakon pun masih boleh fokus anak-anak, tapi saya jenis yang mudah risau dan tak boleh duduk diam bila fikir pasal mereka.

“Saya rasa lega apabila menguruskan anak-anak sendiri. Sehinggakan mereka menyertai aktiviti sukan atau sekolah pun saya ikut. Saya yakin semua ibu bapa ada cara tersendiri untuk melindungi anak sama ada mereka bekerja atau tidak,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas