PERLEMBAGAAN Persekutuan dengan jelas telah menjamin hak semua rakyat dalam perkara berkenaan kaum dan agama, kata Kementerian Perpaduan.
Jelasnya, sesiapa yang dengan sengaja melakukan apa-apa perbuatan, mencetuskan atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang menggugat perpaduan kaum dan agama boleh disiasat dan didakwa.
“Di bawah akta-akta seperti Subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] iaitu kesalahan menghasut;
“Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian;
iii. Seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan;
” Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebut perkataan-perkataan atau melakukan perbuatan-perbuatan lain dengan niat sengaja hendak melukakan perasaan agama seseorang; dan
“Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan, atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat, atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan,” katanya di Dewan Negara.
Jelas Kementerian Perpaduan, diskriminasi kaum dan agama dilindungi oleh Perkara 8, Hak Kesamarataan dalam Perlembagaan Persekutuanyang disebut sebagai semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undangundang.
Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang… dan seterusnya,” katanya – WILAYAHKU