Berita

Perkhidmatan PNM ditutup sepanjang PKP

- Diterbit 12 Januari 2021 8:08 AM MYT

PERKHIDMATAN Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ditutup kepada pengunjung mulai esok hingga 26 Jan depan.

Ketua Pengarah PNM Maizan Ismail berkata penutupan itu seiring pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di  Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, bermula esok sehingga 26 Jan.

Bagaimanapun katanya orang awam masih boleh mendapatkan 52.9 juta bahan bacaan digital menerusi perkhidmatan u-Pustaka dengan melayari www.u-pustaka.gov.my.

“PNM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas