Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Penyertaan Malaysia dalam Rimpac 2024 tidak jejas rakyat

LATIHAN ketenteraan maritim antarabangsa yang dipimpin Amerika Syarikat turut menyaksikan penglibatan tentera Israel. - Gambar hiasan
- Diterbit 7 Jun 2024 9:40 AM MYT

SEKALI lagi Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam serta dituduh pro Israel apabila Malaysia bakal menyertai Eksesais Rim of the Pacific Exercise (Rimpac) yang dijadual berlangsung dari 26 Jun hingga 2 Ogos ini.

Latihan ketenteraan maritim antarabangsa tersebut dipimpin oleh Amerika Syarikat selain turut serta penglibatan tentera Israel.

Malah keputusan tersebut semakin dipertikaikan apabila 15 kumpulan yang diketuai oleh pergerakan global anti-Israel di Malaysia iaitu Boycott, Divestment, Sanctions (BDS Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan bersama mendesak Malaysia agar menarik diri serta-merta daripada Rimpac.

Namun, menurut Anwar, Malaysia perlu mengambil pendekatan rasional malah akan menimbangkan perkara tersebut selain melihat potensi implikasinya.

“Pendirian kita adalah tegas, tiada negara lain yang selantang Malaysia mengenai isu Israel, kita menunjukkan bantahan setiap hari.

“Justeru itu, kita harus bertindak dengan berhati-hati dan bukan didorong oleh perasaan marah, malah semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional dahulu, sebuah kapal Israel telah berlabuh di pelabuhan kita.

“Apabila kami mengambil alih kerajaan, kami adalah pihak yang menghalang kapal Israel memasuki pelabuhan negara meskipun berdepan kritikan,” katanya selepas meninjau keadaan di Terminal Feri Roll-on Roll-off Labuan baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, tindakan kerajaan tidak seharusnya menjejaskan kepentingan rakyat dan perdagangan.

“Jika kami mengikut setiap pendekatan yang dicadangkan, kami terpaksa menghentikan operasi syarikat seperti Microsoft, Google, Apple dan Facebook.

Rimpac 2024 merupakan eksesais maritim terbesar dunia yang diadakan dua tahun sekali di Hawaii dan Amerika Syarikat.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Anwar merupakan pemimpin yang tegas dan lantang menyuarakan pendirian tentang keganasan Israel di Gaza.

Suara Malaysia tidak pernah terhenti dan perkara itu tidak perlu dipertikai memandangkan PM tidak pernah sesekali berganjak memandang serius isu penderitaan rakyat Palestin sejak sekian lama.

“Malaysia akan terus bersuara lantang bagi menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas