BINTARA Solutions Sdn Bhd (BINTARA) kini memiliki lebih 200 produk atau jenama teknologi sejak ia mula ditubuhkan pada tahun 2013.
Pengarah Urusannya‚ Ts Nor Faiz Muhammad Noor berkata syarikatnya menyediakan satu produk berteraskan teknologi atau digital kepada pasaraan tempatan dan antarabangsa.
“Bintara merupakan penyedia penyelesaian teknologi pelbagai jenama kepada organisasi perniagaan‚ kerajaan‚ pendidikan dan penjagaan kesihatan di Malaysia khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Kami membantu pelanggan mencapai matlamat mereka dengan menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan bersepadu yang memaksimumkan pelaburan teknologi mereka.
“Di Bintara‚ kami menawarkan rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian teknologi atau pendigitalan yang komprehensif malah diperakui dengan rakan kongsi termasuk Microsoft‚ Dell EMC‚ Lenovo‚ Logitech dan HP‚” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.
Menurut Faiz‚ dia cuba menerangkan kepentingan berkenaan literasi digital kepada masyarakat hari ini.
“Dunia kita‚ daripada aspek ekonomi terutamanya sedang berkembang ke arah teknologi digital. Disebabkan itu‚ saya mula selami dunia teknologi‚ fahami dengan peredaran zaman teknologi ini demi kepentingan bukan sahaja kepada diri saya tetapi juga masyarakat.
“Oleh kerana itu‚ Bintara adalah IT Solution Provider‚ bila bercerita tentang IT ia bukan sahaja melibatkan komponen atau hardware tetapi juga software serta konsultansi.
“Tidak ramai yang cakna dengan dunia teknologi‚ kita bantu mereka dengan bajet yang mereka miliki untuk peroleh pendigitalan yang memuaskan serta terbaik‚” ujarnya.
Jelas Faiz‚ kebanyakan rakyat Malaysia masih kurang mahir berkenaan literasi digital sekali gus mampu mengundang risiko jenayah siber yang tidak diingini.
“Kita dapat lihat kepentingan teknologi dalam kehidupan harian pada ketika ini‚ semuanya sudah menggunakan teknologi tetapi apakah orang ramai sudah mahir dengan literasi digital ataupun hanya sekadar bermain media sosial sahaja.
“Di Bintara‚ kami akan membantu meningkatkan kemahiran literasi digital dengan khidmat nasihat atau konsultan serta kursus‚ bagi memberi pendedahan serta pemahaman kepada pelanggan-pelanggan dalam dunia teknologi yang serba moden ini‚” jelasnya.
Faiz turut menegaskan cabaran utama di dalam perniagaannya adalah melibatkan kos.
“Antara cabaran besar yang dihadapi dalam perniagaan ini adalah tentang kos di mana pelanggan ingin menggunakan digital tetapi tidak mahu melabur atau bayar dengan harga yang paling minima.
“Bila tidak mahu mengeluarkan sedikit wang‚ ia juga meminimakan pembelian aplikasi-aplikasi atau hardware terbaik yang dapat.
“Cabaran yang lain ialah kesedaran orang ramai terhadap penggunaan barang yang original dan berlesen‚” tegasnya.
Ketika ditanya‚ bagaimanakah mengukur kejayaan syarikat beliau‚ Faiz berkata ia adalah berdasarkan daripada maklum balas pelanggan.
“Bila pelanggan kami puas hati dengan servis yang ditawarkan mereka mampu jalankan perniagaan dengan baik‚ itulah kejayaan buat Bintara‚” ujarnya.
Dalam pada itu‚ Faiz turut menasihati golongan muda untuk terus belajar dan mencari ilmu serta rajin berusaha dan bangkit semula setelah gagal.
“Gunakanlah waktu muda ini untuk belajar sesuatu yang baru‚ terokai serta belajar banyak ilmu dan kemahiran untuk mengangkat martabat diri.
“Manfaatkan masa lapang sebaiknya‚ jangan pernah takut untuk mencuba dan gagal kerana gagal sekali tidak bermaksud akan gagal selamanya‚ bangkit dan terus maju ke hadapan. Tiada yang mustahil jika ilmu penuh di dada‚” katanya.
Terdahulu‚ BINTARA diberi penghormatan dengan Anugerah Kecemerlangan Pemasaran 2024 oleh Logitech.
Ia mengiktiraf prestasi pemasaran dan inovasi luar biasa syarikat dengan kerjasama Logitech.
Anugerah ini menyerlahkan kejayaan BINTARA dalam memacu pertumbuhan dan pelanggan penglibatan melalui kerjasama strategik dengan penyelesaian termaju Logitech.
Selain itu‚ Bintara adalah penerima anugerah Zoom 2024‚ Anugerah Rakan Kongsi daripada Zoom Video Communications‚ Inc.
Anugerah tersebut mengiktiraf organisasi yang telah menyusun strategi perniagaan yang berkesan dengan Zoom sekali gus menghasilkan peningkatan penjajaran dan jualan serta pemasaran. – WILAYAHKU