Berita

Penjara bukan sekadar tempat jalani hukuman

- Diterbit 12 Februari 2025 7:06 PM MYT

SETIAP insan berhak mendapat peluang kedua dan penjara bukan sekadar tempat menjalani hukuman tetapi medan untuk seseorang memperbaiki diri dan kembali sebagai insan yang lebih baik, kata Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, lawatan rasminya ke Penjara Sungai Petani, Kedah sempena Thaipusam bagi menyantuni sekumpulan prospek terpilih serta keluarga mereka dalam sebuah majlis ringkas.

“Saya sempat beramah mesra dengan mereka ini, mendengar luahan hati serta berkongsi sedikit kata-kata semangat,”
katanya di Facebook.

Saifuddin turut menghargai usaha pihak penjara, pegawai, serta semua yang terlibat dalam membantu ke semua prospek bagi membina masa depan yang lebih cerah.

“Semoga mereka yang sedang melalui ujian ini diberi kekuatan, bimbingan, dan peluang untuk berubah,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas