Oleh AINI MAWAWI
[email protected]
KUALA LUMPUR – Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Najib Mohd. akan bersara wajib berkuatkuasa 27 Julai ini.
Mula berkhidmat dengan DBKL sejak 15 Mac 1982, jawatan pertama beliau adalah sebagai Juruukur Bahan di Jabatan Ukur Bahan.
Selama tempoh 37 tahun berkhidmat, pelbagai jawatan telah disandang antaranya Pengarah Jabatan, Timbalan Ketua Pengarah dan yang terakhir adalah Pengarah Eksekutif.
DBKL dalam satu kenyataan berkata, sepanjang berkhidmat beliau banyak menyumbang kepada pembangunan dan kelestarian DBKL serta Kuala Lumpur.
“Justeru bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau, DBKL merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan semoga maju jaya serta sihat sentiasa.
“Untuk makluman, kekosongan jawatan Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL tersebut akan diisi oleh pegawai lain yang akan diumumkan kelak,” kata kenyataan itu. – WILAYAHKU
