Berita

“Pengalaman sangat berharga dapat berlawan dengan Tokti” – Fadlan Hazim

- Diterbit 5 Oktober 2024 10:22 AM MYT

PELAKON kacak Fadlan Hazim meluahkan rasa bertuahnya apabila dapat bergandingan dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Fadlan yang turut berlakon dalam Muzik video single terbaharu Siti berjudul Magis (album Sitism) itu menganggap peluang yang diberikan kepadanya satu pengalaman berharga.

“Pengalaman yang sangat berharga dapat berlawan dengan Tokti (panggilan buat Siti Nurhaliza),” tulisnya dalam ruangan komen di Instagram Siti.

Dalam video BTS (behind the scene) Muzik video itu, Fadlan dilihat sedang bertarung melawan Siti, di mana ia turut tular dalam media sosial.

Dalam pada itu, ramai peminat memuji ketangkasan Siti yang membawa watak sebagai Srikandi.

Dalam video Muzik itu, Siti yang memakai busana ala pahlawan wanita dilihat melakukan gerakan mempertahankan diri sambil memegang busur panah.

“Saya belajar step bertarung di lokasi dan syukur dapat laksanakan yang terbaik dalam masa ditetapkan,” tulisnya.

Siti turut meluahkan rasa syukur kerana akhirnya impiannya untuk memegang watak Srikandi tercapai.

“Terima kasih guru seni pertahan diri , pelakon utama lelaki bersama saya berlawan , pelakon kanak kanak yang hebat ,pelakon aksi lasak yang gigih sama sama bertahan ditengah panas terik, team produksi yang melayan dan menjalankan kerja dengan pantas, penari saya dan semua yang terlibat menjadikan MV ini lebih dan mengikut kehendak dan impian saya.

“Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi,” ujarnya.

Sementara itu, Siti berharap agar muzik video Magis itu diterima baik oleh para peminatnya.

Magis turut dijadikan runut bunyi (OST) drama terbaharu berjudul Hikayat ditayangkan di saluran Astro Ceria. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas