APLIKASI JomParking, aplikasi mudah alih pembayaran tempat letak kereta (TLK) bahu jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah ditamatkan perkhidmatanya bermula 1 Januari lalu.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di facebooknya memberitahu, sebagai alternatif pengguna TLK boleh membuat bayaran caj bahu jalan melalui saluran lain.
“Pemilik kenderaan boleh membuat bayaran melalui EZ KL Smart Park, Flexi Parking, Touch ‘n Go eWallet, Boost, Mcash dan Ekupon,” memetik hantaran DBKL.
Kredit sedia ada dalam aplikasi JomParking bagaimanapun masih boleh digunakan di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan lain yang menyokong aplikasi itu.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Aplikasi JomParking, boleh hubungi pihak pembekal melalui talian 013-2401233 atu emel kepada [email protected] – WILAYAHKU
[Iklan]