Oleh DEEL ANJER
KISAH nikah isteri muda tanpa pengetahuan isteri pertama bukanlah isu baharu dalam masyarakat kita.
Ini pula kisah seorang ahli perniagaan yang semakin popular dengan produknya. Dia semakin dikenali kerana menaja sebuah program hiburan popular. Rupa-rupanya, dia telah berkahwin dengan seorang gadis.
Namun, apa yang kurang sedap didengar, ahli perniagaan terbabit sebenarnya mengahwini gadis berkenaan tanpa pengetahuan isteri pertamanya.
Rasa kasihan pun ada pada isteri tuanya yang sentiasa menemani suaminya di sisi.
Maklumlah, si suami seorang usahawan yang semakin meluas empayar dan pengaruhnya. Tetapi dalam setiap masa yang tidak berenggang itu, sempat juga lelaki itu mencari madu.
Perkahwinan pun sudah sah. Tiada apa yang boleh dipertikaikan pun sebab halal. Cuma tak tahulah macam mana amukan isteri tua apabila mengetahui hal sebenar.
Apapun, doakanlah agar perkahwinan penaja sensasi itu dengan kedua-dua isterinya diberkati dan bahagia hingga ke syurga. Amin! – WILAYAHKU