Berita

Penahanan empat pegawai bekas PM: Beri ruang SPRM jalankan siasatan secara adil, telus

Foto: BERNAMA
- Diterbit 24 Februari 2025 8:26 PM MYT

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri masih di peringkat awal.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16a Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“SPRM ingin merujuk perkembangan kes membabitkan empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang ditahan reman pada Jumaat lalu.

“Susulan siasatan ini juga, SPRM masih belum boleh mendedahkan hasil-hasil penemuan berhubung kes ini termasuk nilai wang atau aset-aset yang dijumpai dan tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa saksi lain dipanggil bagi membantu siasatan,” jelasnya dalam kenyataan pada Isnin.

Justeru SPRM meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada suruhanjaya ini menjalankan siasatan secara adil, telus dan profesional.

SPRM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada masyarakat mengenai siasatan dijalankan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas