PROGRAM pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan jabatan di Menara Seri Wilayah bersama warga Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) semalam mampu menyemarakkan semangat patriotisme.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa sebanyak 25 buah kereta dan motor telah dipasang bendera Jalur Gemilang.
“Ini dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme serta meraikan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya di Facebook.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan sesi pemasangan Jalur Gemilang semalam.
Sementara itu beliau juga sempat menghias kek cawan dalam program tersebut. – WILAYAHKU