Berita

Peluang kemuka cadangan

- Diterbit 19 Januari 2024 9:30 AM MYT

SELURUH warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipelawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengemukakan idea dan pandangan bagi penyediaan Belanjawan DBKL bagi tahun 2025.

DBKL berkata idea dan cadangan yang ingin dikemukakan adalah berdasarkan kepada 11 program iaitu pembersihan bandar dan kesihatan, infrastruktur jalan raya dan sistem lalu lintas, Taman rekreasi, Penyelenggaraan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Kesejahteraan komuniti.

“Ia juga merangkumi aspek pengurusan penjaja, kebudayaan, kesenian, sukan dan pelancongan, kemudahan awam lain, penyelenggaraan sungai kolam dan parit serta penguatkuasaan,” jelas DBKL dalam satu kenyataan.

Ujar DBKL, orang ramai boleh mengemukakan idea dan cadangan itu melalui capaian portal Idea Belanjawan DBKL 2025 di laman sesawang www.dbkl.gov.my/belanjawan bermula 9 Januari sehingga 7 Mac 2024.

“Setiap idea yang diberikan merupakan langkah dalam menjadikan visi Kuala Lumpur tercapai sebagai sebuah bandar raya sejahtera untuk semua menjelang 2030 tercapai,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas