Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Artikel

Pelihara kawasan hijau di KL

- Diterbit 28 Jun 2024 10:30 AM MYT

LEGA hati kawan-kawan Kedai Kopi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menyatakan baru-baru ini kawasan hijau di Kuala Lumpur akan dipelihara, malah bakal diperluas.

Ini kerana kehadiran pokok dan tanaman hijau penting dalam pembangunan pesat di ibu negara serta di mana juga bandar di negara ini. Kawasan hijau merupakan ciri penting mengimbangi pembangunan di bandar termasuk ibu kota khususnya.

Pastinya kita tidak mahu bandar raya hanya dipenuhi hutan batu sehingga ke arah mana jua dipandang hanya kelihatan bangunan batu memenuhi ruang. Tumbuhan hijau akan menyegarkan persekitaran, menyejukkan mata memandang. Tambahan pepohon hijau melepaskan oksigen untuk keperluan manusia.

Kerana itu sejak sekian lama tanaman pokok diberi keutamaan di Kuala Lumpur. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memastikan pokok atau tanaman hijau mengiringi ledakan pembangunan juga di taman-taman dan kawasan rekreasi.

Orang ramai diajak menghayati keperluan dan kepentingan pokok serta memastikan ia sama-sama dipelihara dan tidak dirosakkan. Kawan-kawan Kedai Kopi masih ingat slogan yang pernah digunakan oleh DBKL suatu ketika dahulu iaitu Sayangi Tanaman.

Konsep hijau ini akan berterusan khususnya melalui Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040). Memetik Dr Zaliha, melalui pelan tersebut, konservasi hutan hijau sedia ada serta di kawasan rekreasi seluruh Kuala Lumpur akan diperhebat menjelang 2040.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas