Artikel

Pelancong jatuh cinta

- Diterbit 20 September 2024 11:30 AM MYT

“BERHATI-HATI apabila berkunjung ke Malaysia!” Berdebar hati kawan-kawan Kedai Kopi ketika membaca catatan seorang pelancong yang pernah sampai ke negara ini.

Hati tertanya-tanya kenapa dia menulis peringatan seperti itu? Adakah dia mendapati negara ini tidak menyeronokkan? Atau adakah dia telah melalui pengalaman pahit ketika melancong ke negara ini sehingga memberi ingatan kepada pelancong lain?

Rupa-rupanya bukan dia tidak seronok datang ke negara ini‚ malah sebenarnya dia telah jatuh hati.

Kerana itu dia ‘mengingatkan’ pelancong lain dari mana negara sekali pun bahawa jika mereka datang sekali‚ berhati-hati kemungkinan mereka akan datang berkali-kali lagi selepas itu. Malah seorang pelancong lain menekankan dia sudah pun ketagih.

Sehingga kini sudah empat kali dia datang ke Malaysia. Kehidupan harmoni rakyat pelbagai kaum dengan budaya serta makanan adalah antara tarikan utama.

Rakyat Malaysia memang sangat mesra dan menghormati orang luar. Aspek keselamatan juga terjamin‚ tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Kawan-kawan Kedai Kopi bangga kerana dari banyak negara di dunia‚ Malaysia menjadi pilihan utama pelancong dari seluruh dunia. Yang seronoknya mereka datang berulang kali‚ menunjukkan mereka benar-benar jatuh hati.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas