PELAKON veteran Roslan Saleh, 69, meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi tadi ketika dalam tidur.
Berita kematian Roslan dikongsikan anak perempuannya Farahanis Roslan menerusi akaun facebooknya pagi tadi.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Roslan Saleh baru saja meninggal dunia sebentar tadi,” kongsinya.
Roslan yang memulakan kerjaya dalam dunia lakonan sejak 1970-an pernah berlakon dalam beberapa filem antaranya Sembilu II, Gerak Khas The Movie II, Munafik II serta banyak lagi.
Sebelum ini, kesihatan Roslan yang mesra disapa sebagai Pak Lan merosot akibat penyakit diabetes kronik, kira-kira lima tahun lalu, selain turut mengalami masalah saraf mata.
Allahyarham Roslan meninggalkan seorang balu, tiga cahaya mata dan 10 cucu.
Jenazah allahyarham Roslah dibawa ke Masjid Ar Rahman Kampung Rantau Panjang untuk disembahayangkan dan akan dikebumikam selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang. – WILAYAHKU