Utama

Pelajar KUPTM KL bakal anjur larian kesedaran kanser

DASHHERO RUN 2022 anjuran Pelajar Semester 6, Diploma Komunikasi Korporat KUPTM KL akan berlangsung pada 6 November (Ahad) di laman MBPJ.
- Diterbit 31 Oktober 2022 8:53 AM MYT

PELAJAR semeter enam jurusan Diploma Komunikasi Korporat, Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM KL) akan menganjurkan acara larian DashHero Run 2022 secara percuma pada 6 November (Ahad) ini.

Acara larian sejauh 5 km itu akan berlangsung di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bermula 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan menyasarkan seramai 800 peserta bakal menyertainya.

Memetik kenyataan daripada KUPTM KL, tujuan utama program ini diadakan bagi memenuhi kriteria keperluan akademik selain melengkapkan tugasan pelan kursus projek tahun akhir yang telah disediakan oleh pihak institusi sebelum pelajar menjalani latihan industri.

“Selain itu, ia diadakan sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan pesakit kanser selain membantu meningkatkan kesedaran dan kepekaan orang ramai terhadap penyakit ini di Malaysia,” jelas kenyataan tersebut.

Selain memberi kesedaran terhadap penyakit kanser, program yang terbuka kepada orang ramai ini turut berkolaborasi dengan acara ‘Hari Tanpa Kenderaan’ anjuran MBPJ dan bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik antaranya, jualan car booth sale, buskin, pertandingan permainan tradisional. fun fair; pertandingan mewarna; penyewaan basikal; saringan kesihatan percuma dan pelbagai lagi.

Lebih menarik, peserta tidak perlu membuat sebarang bayaran pendaftaran dan akan diberikan sehelai baju t-shirt, medal serta berpeluang memenangi cabutan bertuah.

“Untuk lebih banyak susulan terkini berkenaan DashHero Run 2022, boleh layari laman media sosial instagram,  @commfest_deshhero untuk mendapatkan perkongsian menarik seperti petua tentang larian, petua kesihatan, fakta menyeronokkan, jenis-jenis kanser dan banyak lagi,” jelasnya.

Difahamkan, DashHero Run 2022 akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir dan turut dihadiri pelbagai pihak seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA), KUPTM serta beberapa pihak penaja acara ini.– WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas