Berita

Pelajar cemerlang STPM atau setaraf dapat tempat pengajian mengikut pilihan

- Diterbit 12 Disember 2024 11:15 AM MYT

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata penawaran tempat pengajian kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diberikan berdasarkan pilihan yang dibuat calon menerusi UPUOnline.

Semua pelajar STPM atau setaraf yang memohon melanjutkan pelajaran dengan Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 bagi permohonan dalam dua tahun ini berjaya mendapat tempat pengajian mengikut pilihan mereka.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan calon membuat sehingga maksimum 12 pilihan program pengajian berdasarkan kelayakan mereka.

“Dalam hal ini, persaingan dalam kalangan calon merangkumi aspek pencapaian akademik, perakuan temu duga dan/atau ujian, bilangan tempat yang terhad dan keutamaan pilihan calon.

“Oleh itu, mengambil kira aspek-aspek ini, sudah pasti akan terdapat calon tidak mendapat pilihan pertama,” kata Zambry.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang meminta minta KPT menjelaskan mengapa setiap tahun ada kalangan pelajar cemerlang STPM yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dengan PNGK 4.0 tetapi tidak ditawarkan kursus pilihan pertama mereka.

Menurut Zambry lagi, calon cemerlang STPM/ setaraf yang memperoleh PNGK 4.00 dan memohon pada Sesi Akademik 2022/2023 adalah seramai 4,304 orang.

Bagi Sesi Akademik 2023/2024 pula, seramai adalah seramai 4,318 orang.

Daripada jumlah tersebut, semua calon cemerlang dengan PNGK 4.00 ini telah ditawarkan tempat pengajian dalam pilihan mereka. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas