Berita

‘Pelaburan’ Arcadia Equity: Wang RM2.21 juta lesap

Gambar hiasan
- Diterbit 16 Januari 2025 11:03 AM MYT

SEORANG wanita berusia 46 tahun kerugian RM2.21 juta selepas tertipu dengan iklan di Facebook mengenai pelaburan Arcadia Equity Co Limited, Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengadu yang tidak bekerja kemudiannya menghubungi nombor talian yang tertera dalam laman media sosial berkenaan.

“Mangsa diminta membuat bayaran untuk mendapatkan keuntungan.

“Dalam kes ini pengadu telah membuat 31 transaksi ke 11 akaun bank berbeza dan tiga akaun kripto,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Hussein berkata, setelah semua traksaksi dibuat, pengadu tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan setelah memasukkan wang tersebut.

“Pengadu berasa telah ditipu dan mengalami kerugian sebanyak RM2,219,217.83,” katanya.

Untuk itu pihaknya menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan tawaran pelaburan dalam platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas