Berita

Pekerja projek pembinaan warga China, maut selepas terjatuh dari ketinggian 36.6 meter

- Diterbit 22 Mac 2021 11:59 AM MYT

NORDIN berkata dua individu yang merupakan pekerja projek pembinaan warga China, maut selepas terjatuh dari ketinggian 36.6 meter ketika menyelenggara landasan berkenaan.

“Mangsa ketiga yang maut juga merupakan pekerja warga China apabila jatuh dan tersangkut di atas landasan lebuh raya setinggi 36.6 meter sebelum tersepit di antara landasan pembinaan lebuh raya berkenaan,” katanya.

Nordin berkata kerja-kerja mengeluarkan mangsa ketiga menghadapi kesukaran disebabkan struktur binaan yang tidak stabil dan mangsa tersepit di antara rasuk binaan dan struktur kren launcher.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata seorang pemandu kereta Perodua Bezza warga tempatan yang dihempap oleh struktur besi kren berkenaan semasa melalui kawasan tersebut mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

”Susulan itu, polis telah menutup sementara laluan dan membuat lencongan di Jalan Cerdas di sini bagi mengelak kenderaan awam melalui tempat kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) yang merupakan pemegang konsensi lebuh raya berkenaan, memaklumkan kejadian difahamkan berlaku apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Susulan kejadian tersebut, pasukan respons kecemasan SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas