Lensa

PBAKL 2024: Hari Raya ulat buku

- Diterbit 31 Mei 2024 11:30 AM MYT

Oleh SHUAIB AYOB

BERMULA 24 Mei hingga 2 Jun, peminat buku tidak ketinggalan memeriahkan pesta buku terbesar di Malaysia yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai genre buku di bawah satu bumbung dihimpunkan termasuklah karya-karya sastera penulis dari Asia Tenggara melibatkan Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, India, China, Taiwan dan Iran.

Sejarah PBAKL bermula pada tahun 1981 dan sehingga kini ia terus melakar sejarahnya yang tersendiri dengan merekodkan lebih daripada 1.5 juta pelawat secara purata dari tahun 2008 hingga kini.

Lensa Wilayahku tidak ketinggalan merakamkan suasana dan gelagat pengunjung di acara berprestij yang juga merupakan platform kepada penerbit antarabangsa untuk mempamer dan memperdagangkan buku-buku terbitan mereka.

Koleksi lensa:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas