BANGUNAN Pusat Transformasi Bandar (UTC) atau dikenali sebagai Pasar Sentral ditutup sepenuhnya hari ini bagi tujuan kerja-kerja sanitasi awam dilakukan.
Menurut kenyataan Perbadanan Labuan, penutupan tersebut dibuat selama sehari dan akan dibuka sepenuhnya bermula 24 Oktober (Sabtu).
Difahamkan, penutupan itu dibuat bertujuan kerja-kerja sanitasi awam dapat dilakukan bagi pembasmian kuman dan memutuskan rantaian penularan COVID-19 serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan peniaga dan orang awam.
Kerja-kerja sanitasi awam melibatkan pasukan Unit Kesihatan dan Unit Lanskap dan Seni Taman PL dengan kerjsama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan. – WILAYAHKU
