Selebriti

“Papa beri laluan…” Nad Zainal hargai Ungku Ismail

- Diterbit 24 Disember 2022 2:53 PM MYT

PELAKON Nad Zainal mengaku sangat menghargai Ungku Ismail yang banyak membantu dan menjawab segala spekulasi mengenai dirinya ketika dirawat di hospital akibat pendarahan dalam paru-paru.

Nad berkata demikian ketika siaran langsung di TikTok, hari ini selepas sebulan dimasukkan ke hospital akibat pendarahan dalam paru-paru.

“Ketika itu keadaan genting. Papa mama saya pun diasak dengan pelbagai soalan dari semua orang. Macam-macam nak kena jawab tentang status kesihatan saya pada waktu itu.

“Papa dan mama pun stres sebab anal sakit kan. Ada saja papa keluarkan kenyataan, cuma kadang-kadang untuk penjelasan yang lebih tepat pada waktu itu, rasanya Ungku Ismail dapat menjelaskan keadaan itu dengan lebih terperinci.

“Pada waktu itu pun, papa ada memberi laluan untuk Ungku jawab persoalan-persoalan yang timbul. Saya rasa tak ada masalah cuba meleraikan kekeliruan masyarakat ketika itu yang ingin tahu keadaan saya.

“Tiada masalah pun untuk Ungku tampil ke depan menjelaskan situasi yang berlaku. Sebab ada banyak spekulasi. Ada yang cakap saya long COVID-19, itu ini, yang tak betul,” katanya.

Menurut Nad, dia berterima kasih serta menghargai setiap doa keluarga, kawan-kawan, peminat dan orang ramai. Namun bagi Nad, tidak semua boleh dikongsi.

“Cuma ada benda-benda yang p & c (private and confidential) yang tak patut terlalu share kepada umum. Dan saya tak ada masalah Ungku ke depan.

“Untuk info lebih lanjut, saya rasa tak perlu tanya lebih- lebih sebab saya belum bersedia untuk kongsi apa-apa.

“Cuma saya happy dengan keberadaan dia ni dapat menjelaskan keadaan saya yang waktu itu tidak berupaya pun untuk bercakap. Jadi

saya pun stres.

“Jadi saya nak ucapkan terima kasih dekat you (Ungku Ismail),” luahnya lagi.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas