ORANG ramai diberi peluang menziarahi jenazah bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari di ruang solat utama Masjid Negara, hari ini.
Menurut menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin, pengurusan jenazah selesai lebih awal daripada dijadualkan dan keluarga bersetuju membuka ruang kepada rakyat, kenalan serta ahli keluarga untuk memberikan penghormatan terakhir.
“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar. Atas kesepakatan keluarga, orang ramai dibenarkan melawat jenazah bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari,” katanya ketika ditemui media di pekarangan Masjid Negara.
Tepat jam 9.35 pagi, jenazah Allahyarham di bawa ke dewan solat utama Masjid Negara selepas disempurnakan di Masjid Negara Bacaan doa dan tahlil diketuai Imam Besar
Jenazah Allahyarham dijangka disemadikan di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, selepas solat jenazah dan upacara penghormatan negara selesai.
Tun Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, meninggalkan warisan kepimpinan berasaskan Islam Hadhari, kesederhanaan dan pentadbiran berintegriti yang akan terus terpahat dalam lipatan sejarah negara.-WILAYAHKU