Berita

Op Selamat 21: 14 kematian direkodkan setakat semalam

- Diterbit 12 Februari 2024 12:50 PM MYT

SEBANYAK 14 kematian direkodkan setakat hari keempat Op Selamat 21 semalam sempena Tahun Baru Cina 2024 yang dilaksanakan di seluruh negara.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu juga sebanyak 1,203 kemalangan dicatatkan melibatkan 1,480 kenderaan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata Op Selamat bagi edisi kali ini mengekalkan tema โ€˜Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasiโ€™.

Dua objektif utama operasi itu ialah meminimumkan kemalangan jalan raya dan memastikan kelancaran trafik serta mencegah jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas