SAMA cocok, sama Padan. Alhamdulillah, penyanyi yang juga juara Gegar Vaganza musim kelima, Noryn Aziz selamat diijabkabul dengan usahawan, Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, malam tadi.

Difahamkan pasangan ini membuat keputusan bernikah lebih awal yang sepatutnya berlangsung pada 25 Oktober ini.
Keputusan itu dibuat berikutan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.
Manakala majlis resepsi yang asalnya dirancang pada 1 November akan ditunda pada tarikh lain setelah selesai PKPB.
Sebelum ini Noryn dan Shaik pernah berkahwin sebelum mereka dipertemukan.
Wilayahku doakan perkahwinan Noryn dan Shaik ini diberikan keberkatan dan bahagia hingga ke syurga. – WILAYAHKU
Foto: instagram @fedtriyahya & @sheila_mohamad