Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Artikel

Nilai sentimental Westlife bersama peminat di Malaysia

WESTLIFE ketika menghiburkan peminat di Arena of Stars Genting Highlands.
- Diterbit 21 Jun 2024 12:10 PM MYT

MENGHIBURKAN dan puas. Itulah gambaran pada wajah lebih 5,000 peminat yang membanjiri Arena of Stars Genting Highlands sempena konsert Westlife The Hits Tour baru-baru ini.

Mereka dihiburkan selama lebih dua jam oleh kumpulan dari Ireland yang dianggotai oleh Shane Filan, Kian Egan and Nicky Byrne.

Antara momen menarik apabila Nicky bercanda dalam permainan angkat tangan & turun dalam salah satu segmen menuju pengakhiran konsert. Lucu tapi comel!

Tak menghampakan permintaan Nicky, seluruh arena mengikut arahan manjanya tanpa membantah.

Siri konsert tahun ini menyaksikan Malaysia sebagai penutup tirai jelajah. Oleh itu, persembahan berapi yang disajikan oleh Westlife kali ini umpama lepas gian sebelum pengumuman konsert mereka akan datang.

“Sudah tentu kami akan kembali semula ke sini (Malaysia), selepas 119 kali menjayakan konsert, kami sentiasa merasakan ada nilai sentimental dengan peminat di sini.

“Kami masih ingat ketika kali pertama tiba di lokasi yang kami berdiri ini sekitar tahun 1999, kami diterbangkan ke sini dengan helikopter.

“Dan tak sangka, kami sekali lagi datang ke sini tahun ini untuk menghiburkan kalian semua,” tambah Shane.

Kian bagaimanapun sempat mengutuskan salam daripada Mark Feehily yang sedang dalam proses pemulihan selepas pembedahannya akhir tahun 2022.

Konsert Westlife The Hits Tour dimulakan menerusi lagu World of Our Own bersama lebih 20 untaian lagu-lagu berhantu mereka seperti I Lay My Love On You, Flying Without Wings, If I Let You Go, Sweat It Again, Seasons In The Sun, Uptown Girl dan My Love.

Westlife The Hits Tour dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group.

Westlife yang ditubuhkan pada 1998 telah merakamkan 12 buah album studio sebelum Brian McFadden meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2004.

Kali terakhir Westlife singgah di Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah Westlife the Wild Dreams Tour pada Februari 2023. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas