Berita

Nasib nelayan terbela, MAIWP serah bot baharu

FADZLI (tengah) menyampaikan cek simbolik penyerahan bot baharu yang bernilai RM9,250 kepada Salihin (hujung kanan) di Jati Sungai Kinabenua di sini, pada Sabtu lalu.
- Diterbit 31 Julai 2021 4:00 AM MYT

NASIB seorang nelayan di Kampung Bebuloh disini akhirnya terbela apabila menerima sebuah bot baharu daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, baru-baru ini.

Mohd Salihan Awang Damit, 37, berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac tahun lalu, botnya telah musnah akibat ribut dan mengalami kerosakan teruk.

Katanya, semenjak peristiwa itu setiap hari beliau hanya menggunakan bot saudaranya untuk menjalani kerja-kerja seharian menangkap ikan bagi menampung perbelanjaan keluarganya.

Bapa kepada enam orang anak itu bersyukur atas bantuan bot baharu yang dihulurkan oleh pihak MAIWP dan kini beliau mampu menarik nafas lega kerana memiliki bot sendiri.

“Terima kasih kepada MAIWP, pembayar zakat kerana membantu saya memiliki bot ini dan kini saya bersyukur kerana telah memiliki bot sendiri serta ia membantu lagi untuk saya mempertingkatkan lagi hasil pendapatan,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Md Fadzli Md Saad berkata, pihaknya telah menyerahkan sebuah bot kepada Mohd Salihan jenis fiber berkualiti tinggi bernilai RM9,250 melalui Skim Bantuan Perikanan Nelayan.

“Kita berharap dengan adanya bantuan bot baharu ini, beliau dapat kembali ke laut untuk mencari rezeki dan dapat mempertingkatkan taraf ekonomi keluarga beliau,” katanya.

Sesi simbolik penyerahan disampaikan oleh Md Fadzli kepada Mohd Salihin di jati Sungai Kinabenua di sini, pada Sabtu lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas