PENYANYI Najwa Latif mendedahkan bahawa kandungan anak pertama yang baru berusia lima minggu tidak dapat diselamatkan selepas mengalami keguguran.
Najwa juga memohon maaf kerana belum bersedia membuat sebarang komen apabila ramai yang bertanyakan hal tersebut
Najwa berkata, walaupun tidak berniat untuk berkongsi berita itu, namun dia menghargai setiap doa dan sokongan daripada orang ramai.
“Allah bagi pinjam lima minggu tetapi jumpa anda apabila kami bertemu dengan anda nanti.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan komen buat masa ini kerana saya mengalami keguguran.
“Sejujurnya, saya tidak merancang untuk berkongsi perkara ini kerana ia sangat peribadi untuk saya dan suami.
“Namun, saya amat menghargai setiap kata-kata semangat daripada anda semua. Terima kasih kerana mengingati saya dalam saat yang sangat sukar ini,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Sedih dengan kehilangan yang berlaku, Najwa memohon ruang dan doa daripada semua pihak.
“Tolong beri kami ruang untuk meratapi kehilangan ini. Mohon doakan untuk kami. Semoga segala doa dan hal yang baik akan kembali kepada anda,” katanya.
Najwa mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Akwa Arifin di di Batu Pahat, Johor, pada 11 November 2022. – WILAYAHKU