DUA orang maut manakala 18 yang lain cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bumbung sebuah bangunan komersial di bandar Fullerton pada Khamis, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.
Nahas mencetuskan kebakaran besar dan memaksa perniagaan di kawasan sekitar dikosongkan, menurut jurucakap polis Fullerton, Kristy Wells.