PERTUBUHAN Peladang Kebangsaan (NAFAS) menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media berkenaan penggantungan tugas Pengurus Besarnya.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Zamri Yaacob berkata, kenyataan berkenaan didapati mula tersebar sejak Selasa lalu dan bukan
kenyataan rasmi yang dikeluarkan NAFAS.
“Sehubungan itu, NAFAS menegaskan bahawa maklumat yang disiarkan di dalam kenyataan akhbar berkenaan tidak benar dan tidak disahkan oleh NAFAS,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zamri berkata, justeru NAFAS berharap mana-mana media yang menyiarkan laporan berkenaan penggantungan Pengurus Besar NAFAS diminta untuk menarik balik laporan media berkenaan dengan serta-merta.
“Adalah dimaklumkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan NAFAS hanya akan dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat NAFAS,” katanya. – WILAYAHKU