KAPAL milik syarikat United O7 Asia Sdn Bhd (United O7 Asia) beralamat di Kuala Lumpur, MV Kathrin mempunyai sejarah transit sebanyak dua kali di negara ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan kapal berkenaan pernah transit pada 18 Disember 2020 di WP Labuan sebelum ke Singapura.
“Kemudian berpatah balik dari Singapura untuk transit di Pelabuhan Klang, Selangor pada 25 Disember 2020 sebelum berlepas ke India,” katanya ketika menjawap soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pada sesi jawapan lisan di parlimen semalam.
Menjelas lanjut, KDN berkata pihaknya telah Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu laporan polis berkait Sentul Repot 17593/2024 dari seorang pengadu mewakili pihak Boycott Divestment Sanctions Malaysia (BDS Malaysia).
“Laporan tersebut antaranya memaklumkan bahawa terdapat satu syarikat berdaftar di Malaysia yang dikenali sebagai United O7 Asia Sdn Bhd telah disyaki mengendalikan penghantaran lapan kontena kargo yang berisi bahan letupan tentera ke pelabuhan Bar, Montenegro menggunakan kapal MV Kathrin milik syarikat berkenaan.
“Kesemua bahan letupan tersebut dikatakan akan dihantar kepada pengguna akhir iaitu syarikat Israeli Military Industries (IMI) Ltd. untuk diproses menjadi bom,” katanya.
Dalam pada itu, KDN mencadangkan agar diambil tindakan bawah perdagangan barang-barang strategik, Pembiayaan Percambahan (PF) dan kawalan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). – WILAYAHKU